Hidayah…

bila hati dicampak hidayah
solat terasa mudah
bila titik hitam menyekat hidayah
solat subuh pun dah nak cerah

bila hati dicampak hidayah
zikir terasa indah
bila titik hitam menyekat hidayah
sebut alhamdulillah pun susah

bila hati dicampak hidayah
terdengar azan mahu ke rumah Allah
bila titik hitam menyekat hidayah
azan buat-buat tak dengar bangkit pun payah

bila hati dicampak hidayah
bergegas ke majlis ilmu tak payah diarah
bila titik hitam menyekat hidayah
jawabnya, ‘lain kalilah…’

bila hati dicampak hidayah
bergantung hidup pada Ilah
bila titik hitam menyekat hidayah
doa pun tidak, angan tak sudah-sudah

bila hati dicampak hidayah
itulah saat terindah
walau hidayah milik Allah
manakan termiliki kalau usaha tak dikerah

4 Responses so far »

  1. 1

    ensyuhadah said,

    Salam…

    Tak sangka berdaya ilham kreatif juga ikhwah di Cardiff. Teruskan usaha!~

  2. 2

    syafeeqridzam said,

    salam

    buleh la sket2. masih tak terlawan waqi si penglipur lara.

  3. 3

    salam ziarah kembali…hehe. menarik entry ni. Btw, aku letak link dalam blog aku. harapnya ok la ye. hehe. Salam..

  4. 4

    syafeeqridzam said,

    sila2. silakan


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words