Kami berlari…

Awal-awal mendengar lagu Ku Berlari dari kumpulan Firdaus semacam menjengkelkan. Barangkali bahagian rap lebih-lebih lagi di bahagian awal lagu tersebut menjadi punca. Ungkapan ‘that’s rite’ dan ‘yale..yale’ agak menggelikan telinga. Namun setelah entah berapa kali mendengarnya dalam masa sepuluh hari di seberang borneo, hati perlahan-lahan boleh menerima lagu ini. Memang lagu ini mampu menolak pendengarnya terus berlari. Dari segi content amat bermotivasi. Tak hairanlah adik-adik tingkatan 5 di dua buah sekolah di sarawak dan tiga di sabah, terlari-lari takpun terhincut-hincut mendengar lagu ini. Pilihan lagu tema yang tepat!

Tahniah kepada semua krew Kem Explorasi Minda Borneo 2008 atas usaha memBERI yang saya kira alhamdulillah mampu mendapat gred A. Tahniah juga kepada saudara Azri Bohari, selaku pengemudi program ini. Anda memang hebat! Terima kasih tak terhingga kepada sekolah-sekolah berikut kerana sudi menerima kami dan melayan kami tak ubah seperti raja-raja di istana.

  1. Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak
  2. Kolej Datu Patinggi Haji Abdillah, Kuching Sarawak
  3. MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  4. Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu, Sabah
  5. Sekolah Menengah Agama Inanam, Sabah

Terima kasih juga kepada penceramah ulung, Ustaz Hazrizal dan Akhi Mukhtar Suhaili atas ceramah penuh bersemangat dan berisi. Bila agaknya kami mampu jadi seperti kalian. Moga satu hari nanti.

Secara mudah, di bawah merupakan pengisian daripada kami kepada adik-adik:

  1. Ceramah daripada Ustaz Hazrizal
  2. Ceramah Akhi Mukhtar Suhaili
  3. IRP- Intensive Revision Programme (study group) cara berkesan
  4. Mind Mapping
  5. Sharing Moments (gelintar faci-faci di oversea)
  6. Bee Movie
  7. Ini Sejarah Kita
  8. Amal Islami
  9. Shift your paradigm video
  10. What to do after SPM
  11. QnA Forum
  12. Riadah Ukhwah

KEM Borneo menghimpunkan puluhan facilitator dari pelbagai latar belakang dan menuntut di pelbagai negara yang berbeza termasuk UK, Eire, US, Indonesia, Malaysia, Russia, Czech Republic, Mesir dan France. Pengalaman dan cerita-cerita gembira bercampur sedih yang pelbagai amat menyegarkan adik-adik dan juga kepada facilitator yang bermukim di tempat yang berbeza. Ukhwah yang terbina harapnya tak kan padam-padam.

Jejak kaki yang pertama di negeri di bawah bayu dan kenyalang terasa beza benar dengan semenanjung. Sampai ada yang tersasul, “Di Malaysia (semenanjung) mana ada mi satok”. Padahal Sarawak dan Sabah juga sebahagian Malaysia. Marah orang Sarawak di buatnya. Dari segi orang-orangnya, dialek, budaya dan makanannya memang berbeza. Mi Satok, Laksa Sarawak, Murtabak goreng, bakso masih tergambar-gambar di ingatan. Beroleng-oleng dibawa bot penambang, menyumpit di Sarawak Cultural Village dan tawar menawar di Pasar Filipino antara aktiviti cuti-cuti Malaysia. Snorkeling di Pulau Manukan juga antara pengalaman pertama. Berenang bersama ikan-ikan dan coral yang MasyaAllah cantik memang best walaupun tak terbanding dengan Pulau Redang.

Dua minggu memBERI yang amat berisi dan bermanfaat. Moga sebulan yang berbaki ini lebih bermanfaat, sebelum berlari ke negara Prince of Wales. Teruskan berlari!

11 Responses so far »

  1. 1

    eka said,

    salam. tq jugak kat all the facis. it was a great exprince :) thnx alot

    -budak kolej-

  2. 2

    j477 said,

    gilela..syafeeq blog…brt

  3. 3

    syafeeqridzam said,

    dunia dah berubah..brt

  4. 5

    dayah.habil said,

    salam berblog.nano’s coming! =)
    waah, mantap2. teruskan bermantapan utk mase depan di sini n di sana.hehe.

  5. 6

    azad282 said,

    berprogram dengan anak-anak muda. bagus!

  6. 7

    ensyuhadah said,

    Alhamdulillah. Glad Allah gave us the chance to be a part of it. Such a meaningful summer holiday indeed. Fuh, thankfully the song was accepted to all. A sudden choice from the muslimat, but Allah helped in giving those ideas in our head. Pat on the back to all the facis and students.

  7. 8

    salam..

    oh..teman blog yang baru..ahlan wa sahlan..

  8. 9

    afif said,

    ruginya ana tak join korang, sob3x

  9. 10

    syafeeqridzam said,

    tak pe shekh.. insyaAllah berkesempatan kita berprogram lagi… walau terpisah antara benua, ukhwah takkan shekh…hehe..

  10. 11

    fiqri said,

    apekah…syafeeq!!

    lenkali bleh la ajak aku skali no!


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words