Siapkan bagasi

Ramadhan berdikit-dikit merangkak. Syukur sampai juga ke bulan mulia ini. Moga ramadhan ini yang terbaik sepanjang puluhan tahun jantung berdetak.

Kurang dua minggu lagi, percutian tiga purnama makin melabuh tirai. Kembali berjuang di dunia sebenar. Hiruk-pikuk iftar di Al-Manar juga di Isra’ (masjid di Cardiff) terngiang-ngiang di telinga. Alunan ayat-ayat Tuhan slanga Arab pure juga menghentak gendang telinga. Panggilan brother bagi yang kenal mahupun tidak merapatkan ukhwah. Sememangnya muslim itu bersaudara. Entah mengapa rasa persaudaraan islam di sana amat terasa biarpun populasi tidak ramai. Di bumi sendiri, buihnya Muslim, hilang rasa bersaudara angkara musuh-memusuhi dan entah apa-apa lagi fikrah dan ideologi masing-masing.

Rakan-rakan di Eire dan UK sudah ada yang pulang, ramai akan menyusul. Ada yang sempat beraya di bumi sendiri, ramainya tidak. Apa-apapun, Ramadhan perlu diutamakan. Meskipun kebab, baguette (baca: beget) dan nasi berkuahkan kicap menu utama pada hari lebaran, itu sudah memadai biarpun lemang dan ketupat payah nak dicari. Untung sabut, merasalah.

Pastinya muslim yang untung itu adalah yang bertambah baik dari yang sebelumnya. Setahun berlalu, pelbagai perkara dipelajari. Belajar dari kesalahan, sangat perlu. Bagi yang mahu pulang untuk meneruskan jihad, pulanglah dengan semangat baru juga jernih iman hasil tarbiyah ramadhan. Bagi adik-adik yang baru nak meninggalkan rumah beribu batu ahlan wasahlan diucapkan. Selimutkan diri anda dengan duvet iman hasil tenunan ramadhan. Walaupun sibuk mengemas bekalan kembara, jangan lupa mengemas bekalan hati dan jiwa. Biar tertinggal bagasi muatan 20 kilo, jangan tertinggal bagasi jiwa walaupun segram.

Packing List:

  1. Compass niat (pastikan jarum sentiasa ke utara)
  2. Passport iman (mesti update)
  3. Jaket Aqidah  (kalis segala cuaca)
  4. Visa Ibadah (pastikan sah dan elok)
  5. Sepasang dada (yang lapang)
  6. Pakaian akhlak (jangan koyak)
  7. Kasut usaha (pastikan kuat)
  8. Selimut syukur (cukup tebal)
  9. Segenggam tabah (erat-erat)
  10. Bodyguard doa dan tawakal (sentiasa bersamanya)

Selamat kembali ke sekolah!

9 Responses so far »

  1. 1

    ensyuhadah said,

    Salam alaik…
    MasyaAllah, tak terasa, dah nak pulang dah ke UK. Mantap entry enta, tersirat pelbagai maksud. Err, ‘Bg yg sempat beraya di Malaysia’, huhu, jd, bolehla kirenye enta membantu kami yg ter’stuck’ raya di Malaysia ni utk kuliah yg bakal mendahului kami tu ye? Ehee. Sungguh, muslim itu bersaudara kan. Huhu. Well, selamat kembali berjuang!~

  2. 2

    j477 said,

    jiwang tp layan gak

  3. 3

    syafeeqridzam said,

    salam.

    to wina
    alhamdulillah sudah mau pulang, insyaAllah itu akan diusahakan, jgn lupa bawa lemang sebuluh, rendang sekampit. hehe :-P

    to j477,
    jiwang? pengaruh habirurahman ni. selamat pulang dahulu bro! tambah amalan di bulan ramadhan.

  4. 4

    fiqri said,

    syafeeq memang jiwang..assalamualaikum sahabat..

    huhu~

    TAK JUMPA PUN KITA CUTI NI WALAUPUN JARAK SEKANGKANG KERA.

    nak buat macamana, sibuk tak tentu hala aku ni pun.

    apa2pun, terima kasih la selama ni tulung2 nasihat aku kat mana yang tak kena.

    Salam ramadhan dan selamat hari raya(advanced). Aku bakalan ke PMC 15 hb ni. Ada apa2 pesanan?

  5. 5

    kabirurahman said,

    alhamdulillah, semoga dapat saya ambil pengajaran.

  6. 6

    dayah.habil said,

    jiwang2 tapi berisi. :)

  7. 7

    syafeeqridzam said,

    mudah2an bermanfaat utk diri dan orang lain. salam ramadan

  8. 8

    Salam..

    Penulisan yang sarat dengan peringatan. Bertambah lah sang pujangga di Isac studio ni..

    Bila entah ada akan ada bakat mcm hangpa semua ni,.

    Salam ramadhan

  9. 9

    annajm5 said,

    Subhanallah,

    Artistry dalam jiwa perfect melancholy enta terserlah :D

    Semoga bertambah amalan dalam mehrab 10 hari-hari akhir Ramadhan kali ini.


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words