Sepertiga yang pergi

(pesan pada diri sendiri)

sepertiga yang pergi, takkan kembali
dua pertiga menyusul, terus menguji
rahmat berlalu, maghfirah berganti
bulan ramadhan bertambah erti

sepertiga telah pergi, usah ditangisi
cepat sungguh masa mengisi
bukan ia mencemburui
kerana manusia yang tak hargai
(pesan pada diri)

puasa makin lesu
terawih kian layu
bazar tambah himpit
nafsu makin rempit
dua pertiga yang mengganti
ayuh kuatkan diri
(pesan pada diri)

sudahkah rahmat dimiliki?
sama-sama koreksi diri,
sia-sia lapar dahaga
andai puasa itu sahaja
(pesan pada diri)

perut kosong, mulut tak kunyah
tapi malang aurat didedah
mulut sumpah seranah
mata tak terarah
telinga cepat menadah
nafsu riang meriah
(pesan pada diri)

fikrah bercampur baur
tapi semua mahu menghambur
mari ramadan ini
kita tambah nilai diri
cari iman hakiki
(pesan pada diri)

dua pertiga lagi,
rukuk ditambahkan
quran selak-selakkan
saf padat-padatkan
amarah reda-redakan
lagha tinggal-tinggalkan

pesan pada diri,
pasti akan hadap Ilahi
andai esok, lusa atau sebentar lagi..

3 Responses so far »

  1. 1

    fiqri said,

    fuyoh..salam syafeeq

    terasa aku..huhu:D tq2

  2. 2

    udean said,

    salam ya akhi syafeeq!!
    nape la ko ade meeting time aku datang SP!!!
    apapun
    semoga ramadhan kali ini ramadhan yang terbaik buat kita
    aku doakan selepas ramadhan ini kita menjadi muslim sejati
    insyaAllah lain masa kitakan bersemuka

  3. 3

    syafeeqridzam said,

    salam nassare,
    to fiq, sajak ini buat iktibar diri sendiri, takde kene mengena yg hidup atau yang mati.semoga manfaat

    to nassare, sori bro, mmg tak dirancang ada meeting time tuh, nak wat camne. ye, ada masa kita berjumpa lagi insyaAllah. selamat mengerjakan ramadan


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words