Resepi terulung!

Kerja masak-memasak memang sudah jadi lumrah bagi bujang-bujang kembara ilmu, tak kira yang di dalam negara mahupun di luar. Dengan sifar ilmu memasak, berbekalkan tips campak-campak, kerja memasak lama-kelamaan bukan suatu yang menyukarkan. Malah, boleh jadi sesuatu yang menarik dan yang paling penting, kepuasan hati (dan juga perut :P ). Bagi yang sudah punya basic, bertambahlah kemahiran dan juga menu di kepala. Dari melompat-lompat ketika menggoreng ikan, sekarang sudah mampu menahan percikan minyak. Dari menitis-nitis air mata sedih lantaran merahnya bawang, kini sudah kebal (benarkah? :p). Dari ayam kicap, naik taraf kepada ayam masala. Tak hairan juga ada yang mampu memasak menu-menu yang selama ini dirasakan sukar seperti laksa, kek, mee rebus, malahan sate. Suatu pencapaian yang membanggakan dan mengkagumkan. Orang Inggeris bilang, from zero to hero. Dari sifar kepada pendekar. Memang benar. Ini salah satu hikmah musafir ilmu. Meskipun rasa masakan tidak sesedap Chef Wan atau Chef Ismail, masakan perlu dan mesti dihias dengan sedikit perahan rohani.
Rahsia memasak terulung (biarpun belum tentu sedap):

1. Tumisan ikhlas
2. Belahan bismillah
3. Sepotong selawat
4. Hirisan kasih sayang

Mudah saja, apa-apa saja yang anda ingin masak, pastikan ramuan di atas tak dilupakan. Ketahuilah, memasak dengan ingatan untuk memudahkan si pemakannya untuk beribadah, akan diganjarkan Tuhan dengan sebaik-baiknya, sebanyak kuah dan butiran nasi yang dicerna usus. Inilah kepuasan sebenar memasak! Selamat mencuba.

p/s Maafkan daku, jika selama ini masakan kurang memberangsangkan. Maklumlah, budak baru belajar. :P

12 Responses so far »

  1. 1

    kimijo said,

    memang terbaik lah syafeeq!
    diharapkan kita memasak ntuk sahabat2 dan keluarga kita penuh dengan keikhlasan dan berkat dari Allah.. insyaAllah =D

  2. 2

    ensyuhadah said,

    Huhu.. Menarik sungguh ‘pengalaman’ sekian-sekian. Dan syukran atas resepi yang sentiasa perlu dimasukkan dalam masakan. InsyaAllah, akan diingat selalu. Walau ape pon, syabas juge kerana berjaya mengadakan ‘open house’ dengan jayanye. Juadah-juadah mmg sedap, tahniah kpd enta juge sebagai ‘chef-of-the-day’. JazakAllah. ^_^

  3. 3

    syafeeqridzam said,

    Seandainya masakan open house hari itu sedap, perlu tambah rahsia kelima: sentuhan ustaz anuar. :P . itu untungnya berbaik dengan postgrad. selamat memasak semua.

  4. 4

    Puteh said,

    hohoho. Nice2. eh, boleh ko wat telur love tu utk satu rumah ye? Btw, ko msk so far memberangsangkanle bro. No worries~ :)

  5. 5

    syafeeqridzam said,

    hoho. telur love belum dapat skill lagi. telur yang digoreng dgn ‘love’ bolehlah. :p

  6. 6

    waqi said,

    masak yg memberangsangkan tu goreng telur je eh?
    haha. all the best syeikh!

  7. 7

    syafeeqridzam said,

    setakat telur tu pejam mata sambil baca buku pun buleh. haha.

  8. 8

    dayah.habil said,

    zaman makan megi org bujang dah berlalu, terganti dgn yg enak2 belaka!
    eh eh, tapi, korg budak medic takkan mkn megi kot.almaklum, jaga kesihatan :P

  9. 9

    syafeeqridzam said,

    megi juga perlu, lebih-lebih lagi bila mana masa tak mengizinkan, bilamana menu tak keluar-keluar. :p

  10. 10

    werm said,

    ya sheikh!
    telur bentuk love tu macam mana bikin?
    ada kuali special untuk buat tu ke?
    kalau ada ana berkenan nak tempah satu.
    hehehe…

  11. 11

    syafeeqridzam said,

    oo shekh. lama tak dgr berita. lupa nak letak caption di situ: sekadar gambar hiasan. :P

  12. 12

    werm said,

    haha. mati2an ingatkah sahabat kita ni masak telur sebegini di cardiff. hahahaha…


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words