Türkiye!

Kehebatan bumi Turkiye bukan hanya terletak pada gelecekan Hakan Şükür mahupun tempis layang Rüstü Reçber. Gah bumi ini lebih hebat dari itu.

Sudah pastilah sesuatu tamadun itu hebat kerana Islam. Begitu juga Turki, sehebat namanya yang pernah menempa khilafah Uthmaniyyah selama ratusan tahun.

Kembara ke bumi sejarah Turki, menelusuri kepahlawanan Sultan Muhammad Al-Fateh dan sebaik-baik tentera yang dijanjikan Tuhan.

Sultan Muhammad Fateh dan Kamal Attartuk. Dua watak yang berlawanan sungguh sifatnya. Seorang disifatkan Khaliq sebagai sejaguh-jaguh panglima tentera, manakala seorang lagi pembawa sekularisme di bumi suci itu.

Jatuhnya Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah selepas Perang Dunia I menelungkupkan khilafah yang telah terbina atas keutuhan aqidah mujahid silam. Sehingga kini, khilafah yang terkulai masih belum mampu tegak berdiri.

Menyahut seruan ayat sebelas surah An-Naam, “Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu,” lapan ikhwah Cardiff akan terbang jauh ke bumi Constantinople pada musim sejuk ini. InsyaAllah. Doakan kami.

Mudah-mudahan kembara kami ke bumi Al-Fateh ini setidak-tidaknya meremangkan roma perjuangan, meneladani iktibar atas jatuh bangkitnya sesebuah tamadun.

Sesungguhnya tamadun itu tidak tertegak dengan hanya kekuatan tentera, tetapi besarnya jiwa biarpun kecilnya jasad!

*sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan jawatankuasa kelola untuk mendapat nasihat kelolaan jaulah.
azad (azad282@yahoo.co.uk) atau syafeeq (addawami@yahoo.com.sg)

5 Responses so far »

  1. 1

    masyaalah bestnya..nanti, dah balik boleh tuliskan pengalaman ekspedisi dengan cara enta yang tersendiri..^_^

  2. 2

    annajm5 said,

    Moga nanti yang dibawa pulang tidak hanya rantai kunci sebagai kenangan, tetapi pengalaman dan pengajaran yang bisa merungkai rantaian jahiliyah sebagai kesinambungan perjuangan Muhammad Al-Fateh Sang Sultan!

    Semoga Allah merahmati kalian dan meluaskan rezeki kita…

  3. 3

    syafeeqridzam said,

    Jazakallah ukhti dan akhi. moga tidak disandarkan hanya pada kenangan, tetapi dirantai ilmu dan pengalaman. Dikunci roh perjuangan AlFateh dan Sultan Abdul Hamid. Dilerai cemeti jahiliyiah Attartuk.


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words