Bila lagi?

Tanya diri kita sebentar.
Bilakah kali terakhir solat didirikan dengan penuh khusyuk?
Terasa lazatnya solat sehingga setiap butir bacaan dihayati penuh nikmat?
Asyik hingga tak terasa solat sudah tiba ke penghujung rakaat?
Masyuk sampai jasad cukup ringan untuk menambah takbir?
Tangan ditadah penuh harapan, sambil air mata menitis tanpa dipaksa?
Allah. Allah. Saya yakin solat yang anda kerjakan sebentar tadi sebegitu rupa.
Terus terang bukan bagi saya.
Astaghfirullah. Bilakah kali terakhir?
(Kerut dahi)

Solat merupakan perkara pertama yang akan disoal setelah roh keluar dari jasad. Baik solat, baiklah yang lainnya. Insya-Allah.
Tak keterlaluan rasanya jika saya katakan, solat lebih penting dari segala-galanya. Tidak begitu? Solatlah satu-satunya amalan yang diterima Nabi secara langsung secara berhadapan dengan Allah (andai salah betulkan). Bukan jarak Malaysia ke UK, tapi langit dan bumi. MasyaAllah.
Andai ibu anda terkenang anaknya di perantauan, lantas menyediakan makanan kegemaran anda, lalu si ibu penuh mujahadah menghantarnya kepada anda. Bukan melalui pos. Bukan juga melalui kiriman kepada sesiapa. Tetapi dengan tangannya sendiri. Dari rumah ke tempat anda belajar (tak kiralah di mana), pasti anda tidak tergamak untuk tidak memakannya, bukan? Cukup besar nilai pemberian itu.
Apatah lagi solat. Nilainya maha hebat. Bukan sekali Nabi naik ke langit. Tapi berkali-kali, semata-mata kasihankan umatnya yang jika tidak terpaksa solat 50 kali sehari. Subhanallah.
Sayang. Kita (saya) pandang enteng solat. Fikiran entah ke mana-mana. Perkara yang tak diingat di luar solat juga tiba-tiba timbul semasa solat. Hal-hal pelajaran, dapur, bola dan macam-macam lagi tenggelam timbul. Semakin panjang bacaan si imam, makin jauhlah minda berjaulah. Belum kira bacaan.

Aduh. Bila mahu sempurna dan khusyuk solat?

Bila lagi? Andai isya’ tadi yang terakhir….

*******
Solat yang terbaik adalah solat pada awal waktu di tempat azan dilaungkan. Jika memilih isteri (juga suami) mahu yang terbaik, hal belajar paling cemerlang, bersukan mahu juara, berpakaian biar mantap, mengapa tidak solat? Bukankah itu yang akan disoal dahulu?

Moga Allah beri hidayah pada saya dan kalian.

955pm Salisbury Road

3 Responses so far »

  1. 1

    mizi said,

    Salam. Memang susah nk khusyuk dalam solat tambahan kalau dalam keadaan tergesa-gesa. Tapi masih ad ruang utk kita perbaiki solat kita.

  2. 2

    awanaputry said,

    salam, mohon sya nk link blog ya..

  3. 3

    awanaputry said,

    salam, mohon sya nk link blog ya..org sp ya..


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words