Basikal merupakan antara pengangkutan awal bagi orang kebanyakan. Bermula dengan basikal beroda tiga di belakang, sampailah kepada yang lebih kompleks seperti mountain bike dan BMX.

Gambar hiasan. Tidak ada sangkut paut
Sememangnya basikal mudah ditunggangi walaupun ada yang tidak pandai berbasikal
. Di perantauan, selain bas dan kaki anugerah Tuhan ini, basikal merupakan pengangkutan bajet pilihan ramai. Ada yang sanggup berbasikal berbatu-batu jauhnya, asalkan tidak ada satu keping sen pun yang jatuh ke dalam kotak pemandu bas. Biar ditiup angin, di simbah hujan, dipercik air jalanan, basikal tetap dikayuh. Basah kuyup tak mengapa.
Lagi mengharukan, basikal pula yang terpakai, disunting di carboot sale. Dah memang orang melayu agaknya, di situ pun mahu cari yang paling murah! Jimat sungguh. Hebat orang melayu.
Nak berkereta tak berbaloi pula. Insuran, minyak, parkir kereta, lesen Malaysia yang kalau ditahan tak mampu jadi penyelamat dan kos selenggara yang mengoyakkan poket mungkin jadi penyebab mengapa kereta jarang-jarang dijadikan pengangkutan lebih-lebih lagi pelajar undergrad. Motorsikal? jarang sekali kelihatan. Kalau adapun superbike yang tak payah ditanya harganya. Motor kapchai jangan harap nak jumpa.
Malang bagi pengayuh basikal di sini. Kadang-kadang dibuat tidak endah saja oleh kenderaan lain. Kayuh di kaki lima kena tengking, kayuh di jalan kena hon. Aduh. Nasib penunggang basikal tua.
Saya dahulu memang peminat basikal. Seawal darjah lima, sudah mampu mengecat basikal sendiri, memunggah komponen-komponen basikal, tambah itu dan ini, kurang sana dan sini. Cuma bila umur sudah memanjat, basikal putus brek pun tak dibetul-betulkan.
Dua hari lepas, saya mengayuh basikal dalam keadaan yang agak ‘rempit’ di tengah-tengah pekan, lebih tepat kawasan lalu lalang manusia (Queen Street). Mahu cepat. Dalam hati berkali-kali berbisik. “Baik-baik, ramai orang lalu lalang”. Sudah hujan, tambah lagi brek tinggal satu. Itupun tak ‘makan’. Diri cukup cermat mengayuh. Memang deras. Dalam cermat, tiba-tiba dua wanita berjalan ke arah saya dalam keadaan serenjang. Muncul di balik papan iklan. Memang tak boleh buat apa-apa. Brek tak ‘makan’. Tambah hujan. Pasrah. Langgar saja.

Queen Street yang memang sibuk
Duum. Mengerang kesakitan.
Sudah. Apalah dosaku hari ini. Mujur mangsa tak terpelanting.
“Sorry…sorry, i’m really sorry. Are you okay?” Apa lagi yang boleh dikatakan. “Argh..you are not supposed to cycle your bike that fast in this area!” Yang seorang ini agak tenang. Sempat lagi senyum, walaupun menahan sakit di pinggang. Yang seorang lagi terus saja memaki. “You bl”%^&* !“
Pasrah. Memang salah diri sendiri pun. Pucat bibir. Bersalah tak terkata. Ini kejadian yang benar-benar terlanggar. Yang hampir terlanggar tak terbilang! Setakat kena hamun sudah biasa di telinga.
***********
Nasihat kali ini:
Wahai penunggang basikal (diri sendiri terutamanya), berhati-hatilah, lagi-lagi bila hujan. Pastikan brek cukup.
Ingat orang yang tersayang.
Anda mampu mengubahnya.
mamat said,
November 11, 2008 @ 12:30 pm
lain kali jangan merempit.
rempit bukan budaya kita.
hahaha
ensyuhadah said,
November 11, 2008 @ 5:05 pm
Err… bukankah terang sudah ade ‘No cycling’ dekat area tu. Ish ish ish. Inikah basikal yang telah menyebabkan seluar orang lain terkoyak. Benar, benar, silelah berhati-hati. Kami ‘penaik basikal’ yang lain akan mengambil iktibar. =P
syafeeqridzam said,
November 11, 2008 @ 7:37 pm
kekadang rempit juga perlu, bila terdesak. haha
ade ke no cycling sign, tak penah nampak pun :p. dah nama pun basikal termurah, pasti ada ‘bayaran’ lain yang perlu dijelaskan. :p
sila tunggang dengan berhemah. hoho.
Dean said,
November 13, 2008 @ 12:35 am
polis kata jangan..
polis kata jangan..
bawak laju2 di tempat awam lagi.
pastikan sebelum anda memulakan perjalanan,
periksa kenderaan anda.
ingat, basikal boleh di beli, nyawa? haha..
anda mampu mengubahnya.
(tu iklan raya kat m’sia..hahaha)
lain kali jatuhkan diri je.
tak pun kepitkan roda bike tu dengan kaki.
then jatuhkan diri.
hahaha.
syafeeqridzam said,
November 13, 2008 @ 6:27 pm
hoho.
terima kasih polis atas nasihat. :p
ketika saat sebegitu rupa, akal sudah tidak mampu
berfikir secara waras. :p
mahfuzah98 said,
November 14, 2008 @ 1:38 pm
rasenye boleh naik basikal kat queen street tu tetapi 10am-4pm je. pastu tips berbasikal kt queen street ialah : kayuh slow2 and kayuhlah kat tengah2 jalan.
syafeeqridzam said,
November 15, 2008 @ 8:47 am
hoho. banyak betul tips pemanduan selamat. rasanya yang tak buleh naik basikal between 10am – 4pm. baru nampak sign arituh. haha. dah langgar nak buat camne
daYang said,
November 16, 2008 @ 6:45 pm
salam..
InsyaAllah..
yg paling selamat, sorong je basikal..
Dean said,
November 20, 2008 @ 2:52 am
ni macam nak amik test bawak beskal je ni. hahahaha…byk sungguh tips…
halawatuliman said,
November 23, 2008 @ 5:14 pm
berjalanlah..
kerana berjalan itu lebih menyihatkan
malah, kadar kemalangan juga dapat dikurangkan
=)
j477 said,
November 25, 2008 @ 8:33 am
syafeeq, syafeeq (dgn nada kebapaan)….
mak ko tau ke blum
hehehe
syafeeqridzam said,
November 25, 2008 @ 10:49 pm
berjalan bagus. tapi kalau mahu cepat, basikal lebih bagus. hoho.
tak yah la bagitau mak perkara kecil sebegini. nak kawin baru bgtau :p