Tanpa nama apalah nilai seseorang. Nabi menyeru supaya umatnya memberi nama yang baik kepada anak-anak mereka. Mudah-mudahan panggilan nama yang baik akan jadi doa supaya sifat nama itu benar-benar terpancar pada empunya nama. Malah, juga menjadi sunnah Nabi untuk menamakan harta kepunyaan sendiri (unta, pedang dsb). Contohnya, namakan laptop sebagai Nur Hikmah atau Hassan.

- Mungkin nama tempat terpanjang di dunia. Di New Zealand barangkali
Orang Melayu memang biasa bernama panjang. Di Malaysia sangat tidak bermasalah. Tetapi sangat bermasalah di tempat yang rata-ratanya orang bernama tunggal. Kalau setakat bernama dengan dua patah nama, masih dikira pendek di Malaysia. Hari itu saya berjumpa dengan seorang bayi yang baru di’aqiqah’kan, dalam majlis aqiqah anjuran pelajar postgrad di Cardiff. Untung sungguh bayi itu. Empat patah nama! Asyraf Muhammad ____ ____ . Punyalah panjang nama hingga tak dapat diingat dua nama yang terakhir. Kalau campur nama bapa, maka jadi enam patah nama! Kalau tambah BIN, jadi tujuh! mesti pening mat salleh, nak panggil nama yang mana satu. Di sini, kadangkala BIN juga dianggap sebahagian nama kita.
Sudah setahun berlalu, orang tempatan masih lagi pening untuk memanggil nama saya. Kalau lecturer nak panggil nama, rata-ratanya akan terlebih dahulu bertanya, “I’m really sorry, I’m not sure whether I can pronounce your name correctly, M.O.H.D. Is that Mode?” Suka hatilah. Mode pun Mode lah. Tak ramai yang tahu MOHD itu singkatan bagi Muhammad. Kalau Muslem rata-ratanya boleh mengagak.
Ada yang panggil saya Mode, ada juga Muhammad, ada juga Syafeeq (itupun tak betul sebutan), ada juga Syaf, juga Mode Ridzam. Lantaklah.
Payah benar kadangkala. Semasa hari peperiksaan akhir tahun lepas saya menghadapi konflik kerana gagal bertemu dengan nama dan angka giliran di papan kenyataan. Sudah. Sampai terpaksa berjumpa ketua pengawas peperiksaan. Rupa-rupanya, nama saya bermula dengan B! BIN MOHD RIDZAM. Alahai, BIN itu bukan nama. Selepas itu, saya sudah mengerti. Kalau nak cari nama, carilah pada empat tempat. Sama ada M (Mohd Ridzam), S (Syafeeq) atau B (Bin), mungkin juga R (Ridzam). Pernah apabila nama saya tidak ada di bahagian M untuk mengambil kad, saya terus ke bahagian B. Bila ditanya “What’s your name sir?“, saya jawab “B for BIN“. Dia gelak. Mana tidaknya, lain benar maksud BIN dalam bahasa Inggeris. Terpaksa terangkan.
(Oxford Dictionary, bin= n, Brit. 1 a receptacle in which to deposit rubbish)
Satu hari saya ada presentation tentang sejenis penyakit autoimmune, Myasthenia Gravis di dalam kelas tutorial untuk subjek Infection and Immunity. Ditakdirkan, saya dipasangkan bersama Mohd Arief Sobri. Tiba giliran, lecturer jadi pening kerana pada senarai nama mengikut urutan pembentangan, kedua-duanya nama yang tidak tahu disebut, malah sama pula! “Mohd and Mohd“. Seperti biasa lecturer akan bertanya seperti di atas. Untuk mudahkan keadaan saya mengangguk saja. (Mode pun Mode lah). “Okay, Mode and Mode, it’s your turn to present“. Satu kelas tertawa. Terpaksalah saya mengambil masa lebih kurang seminit untuk menjelaskan tentang kedudukan nama kami, sekaligus menjadi pendahuluan kepada pembentangan. Kemudian barulah satu kelas mengangguk, “Oooohhh!”
Itupun agaknya masih belum faham-faham lagi. Pagi tadi kawan sekelas panggil saya John! Sudah. Sejak bila jadi John? Suka hati lah.
mahfuzah said,
November 25, 2008 @ 7:27 pm
kelakar la…[gelak guling2]
daYang said,
November 26, 2008 @ 10:47 pm
salam wbt..
huhuhu… lawak gak ko ni, ingatkan skema sikit..
khairaummah said,
November 27, 2008 @ 5:16 am
ada apa pada nama?
bunga mawar dipanggil dengan nama ros, baunya tetap sama!
lafaz dan ibarat tidak sepenting hakikat dan asas. ^_^
ziarah dari Zaqaziq, 3rd year medical stud, Egypt.
smez said,
November 27, 2008 @ 6:44 am
hoho..lawak
syafeeqridzam said,
November 27, 2008 @ 7:09 am
mawar dan ros maknanya sama. tetapi tidak pada syafeeq dan john!
ya benar. hakikat paling penting.
k.a said,
November 29, 2008 @ 4:03 pm
syafeeq = john
jauh beno beza nya tuh.
hahahah
halawatuliman said,
December 1, 2008 @ 4:10 pm
salam..
rasanya, enta boleh tukar category utk entry drpd “peribadi” kpd kategori “jenaka/ lelucon”.
syafeeqridzam said,
December 1, 2008 @ 7:17 pm
memang. sampai tadi pun, kawan2 sekelas masih bingung lagi, nak panggil nama apa. isk2. sedih betul.
hoho. kategori jenaka, takut-takutnya nanti tidak diisi-isi dengan entri baru. :p
mahfuzah said,
December 1, 2008 @ 10:51 pm
betul2.bukan setakat lelaki bernama mohd je yg bermasalah, ppuan pun same.. classmate tanye ‘what’s ur middle name?’ [dalam hati--> ish takkan nak cakap 'binti' kot] cakap je la..’i dont have middle name’
tapi alhamdulillah nama sy seketul je..takde nur or nurul or siti or ku (seperti nama ummiku)…so, ok lagi kot..[hihi]
Dean said,
December 2, 2008 @ 12:47 am
next time you should throw out the bin and just combine your name with your father’s name. or it’s better to pronounce it as ibnu ke, son of ke.. hahaha..
hartini said,
December 6, 2008 @ 4:02 am
salam
kesian.
haha.(gelak dlm hati je)
dari dublin said,
December 7, 2008 @ 7:51 pm
wawa…memang lawaks tahap dewa naga!!!!
minta izin link kan blog…time2 bosan boleh singgah baca skali lagi entry nih..huhu..
nahar said,
December 9, 2008 @ 11:07 pm
heheh =)
kelakar..rasanya kat sni pon sama gak..mula2 nama adalah bin dan binti..huhu lagipun kat sni cara pronounce abc berbeza juga
tifa said,
December 10, 2008 @ 5:53 am
klaka jg entri nie. tp mmg btol pon, slalunye org2 kat luar negara mmg ade mslh nak pronounce nama org2 melayu nie ngan btol. xpecially the- ‘mohd’- word.