Sweet Old Days

Masa yang berlalu memang tak mungkin diulang kembali walaupun emas setinggi Bukit Antarabangsa mahupun helaian ringgit sepanjang Sungai Golok dijadikan pengerasnya. Apa yang mampu, hanyalah sandaran kenangan. Kadang-kadang kita tertawa atau sekurang-kurangnya tersenyum apabila melihat keadaan diri kita pada zaman ‘muda-muda’ dahulu. Menatap kepingan gambar dan fail imej yang disimpan dalam cakera keras sekurang-kurangnya membawa kita kembali ke zaman lampau walaupun pada hakikatnya jasad tidak ke mana-mana. Lebih-lebih lagi seandainya gambar-gambar ‘sweet old days‘ itu ditatap bersama kawan-kawan yang sememangnya jasad mereka juga berada dalam gambar yang sama. Masing-masing mentertawakan keadaan kawan-kawan mereka di dalam gambar tersebut, termasuklah mentertawakan keadaan diri sendiri yang kelihatan amat lain dari zaman kini. Bermula dengan  stail rambut, pakaian, ukur lilit pinggang yang ramping, juga raut wajah yang masih ‘comel’ tanpa kumis dan jambang, juga aksi-aksi budak ‘hingusan’ memang menyebabkan kepala yang tak gatal digaru.

sweet old days

sweet old days

Cuba tanya bapa atau datuk anda, sudah berapa generasi yang mereka lalui, dari zaman rambut afro, baju ketat dengan seluar bell-bottom yang melampau, cermin mata yang hampir sama besar dengan muka, lengan baju yang sudah pendek tapi masih lagi disenteng, sehinggalah zaman hip hop, rambut ala trojan mohawk dan jeans baggy jengkel yang ada sekarang. Kita juga tersenyum sumbing melihat keadaan bapa dan atuk kita semasa muda mereka. Seandainya pada zaman mereka kamera bukanlah alat yang hanya untuk orang kaya, pasti perubahan demi perubahan dapat dilihat dengan beralihnya generasi. Maka memang tak akan berkedip mata menatap satu persatu gambar-gambar sandaran kenangan itu sambil mulut mengulit senyum.

Mungkinkah ayah atau datuk anda berfesyen sebegini dahulu ?

Mungkinkah ayah atau datuk anda berfesyen sebegini dahulu ?

atau ini?

atau ini?

Manusia memang fitrahnya begitu. Sangat mudah terikut-ikut. Kalau pada satu zaman itu semua berseluar ketat dengan pangkal kaki sebesar paha, yang lain akan mengikut. Sama juga halnya, kalau lima orang mula membela ikan Flower Horn, satu kampung akan turut terasa rugi seandainya spesis ikan pelik itu tidak disimpan di rumah. Budak-budak juga begitu. Ada zaman gulinya, gasing, layang-layang, kereta mini Tamiya dan entah apa-apa lagi yang seolah-olahnya menjadi musim, seperti mana musim durian luruh. Tersenyum sendiri kadang-kadang memikirkan masa-masa lalu yang konon sweet itu. Zaman sekarang ini musimnya mungkin ‘anime’, drama Korea, You Tube dan apa-apa lagi yang anda pun semua maklum.

Masa-masa yang berlalu kini hanya mampu diulang tayang. Itupun kalau dirakam dengan kamera atau terimbas di fikiran. Memori zaman lalu yang diputar memang seronok dijadikan bahan untuk tawa dan senyum bersama rakan dan keluarga.

Tetapi persoalannya, mampukah kita tertawa atau sekurang-kurangnya mengulum senyum apabila datangnya saat dipertontonkan setiap desir gerakan kita di Mahsyar kelak?

Ayuh fikir sejenak.

Allah berfirman,”Inilah kitab catatan Kami yang menuturkan kepadamu dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jathiah: 29)

*Maaf kerana entri ini lebih bias kepada apa yang dilalui oleh seorang lelaki. Sebab lelaki itu amat berharga. :P

6 Responses so far »

  1. 1

    tifa said,

    teringat keindahan zaman sekolah dulu.

  2. 2

    As said,

    sekolah kehidupan, pengalaman dan pengajaran terbaek.
    Apa yang lepas kekal dalam memori, kerna yang lepas sudah berakhir dengan noktahnya sendiri.
    Namun pengakhiran itu bukan lah akhir segala sesuatu, malah jadi permulaan kepada sesuatu yang baru :D

    Tua-tua nanti pun leh belek2 blog ni tengok memori ;)

    p/s: owh ye, para atas skali tuh rasanya boleh bahagi jadi dua atau tiga para, lagi mudah untuk dibaca i think, it would be nicer :)

  3. 3

    cosas` said,

    huhuhuh,….hg ni buatkan aku rindu la dgn team nasyid kte dlu… haish.. hg ada gmbar kte tak??? post sket..ok

  4. 4

    3belas said,

    hmm…wira..batch bila ek..cam syahmi n fariz hijaz..mesti sempat ngan sy kan?

  5. 5

    waqi said,

    salam..wahahaha
    jiwang betul lah org2 nasyid ni ye?
    nasib baik ler suara ana xsedap;)


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words