Hujung minggu di Galway Ireland amat meletihkan.
Sekurang-kurangnya pertemuan dengan sahabat-sahabat serata Ireland dapat melenyapkan sebentar rasa penat. Tiba di lapangan terbang Shannon pada jam 11 malam hari jumaat, terus dipandu ‘rempit’ oleh Azri ke Galway. Tersadai juga kereta di tepi jalan akibat rasa kantuk pemandu yang tak dapat ditahan-tahan. Jam 4 pagi baru tiba di Galway dengan kepala yang berpinar-pinar. Hari Sabtu bukanlah hari santai yang membolehkan kaki digoyang. Membantu tuan pengurus Next Eire ke hulu dan ke hilir bagi menyiapkan tugasan akhir sebelum tiba hari sebenar pertandingan. Terpaksa jugalah memekak di dalam kereta (latihan) akibat kekangan masa yang menghimpit.
Syukur. Meskipun cacat-cela dan tunggang-langgang semasa persembahan, Munawwar hanya mampu meraih tempat ketiga. Alhamdulillah. Nyaris-nyaris tidak ada tempat langsung. Peserta semuanya hebat-hebat belaka. Tahniah kepada Muaz (RCSI) dengan persembahan solonya yang memukau dan persembahan penuh bertenaga kumpulan Atap Hijau, Cork. Masing-masing adalah johan dan naib johan. Tidak dilupakan juga persembahan mantap dari kumpulan UCD Band juga persembahan menghiburkan Gema Galway dan peserta solo, Khairul Azhar.


Maaf kepada saudara Waqi kerana sajak beliau tidak berjaya ditayang dan diperdengarkan semasa persembahan kami. Slaid hanya mampu disiapkan pada jam 10 pagi sebelum acara bermula pada 11 pagi. Maka terpaksa saja untuk membatalkan keterlibatan sajak tuan Pemburu Syurga untuk diperdengarkan.
Tetamu dari kepulauan British hanya tiga orang, saya sendiri, saudara Izzat Mirwana dan Ustaz Erfino. Teringat saya kata-kata Hijaz, “Effort gile ko datang!”.
Berkampung di ‘banglo’ Azri dan rakan-rakan yang lain (memang betul-betul banglo) terasa benar seperti di rumah sendiri. Dengan hampir 20 sahabat dari serata Ireland datang berkampung, suasana terasa seperti malam sebelum raya. Ketukan conga juga pekikan suara-suara membingitkan rumah. Maaf sajalah tuan rumah.
Persembahan oleh ustaz Erfino dan Izzat Mirwana amat mantap. Nantikan di You Tube!
Tahniah diucapkan kepada urus setia Next Eire yang tidak keterlaluan untuk saya katakan setanding dengan Next di Sheffiled. Selepas ini, komitmen saya bersama Cymru dan Munawwar untuk NEXT di Sheffield pula.
Kemenangan bukan pokoknya, namun objektif program perlu terlaksana. Andai anda meminati muzik, jangan rosakkan diri anda dan orang lain kerananya. Apa sahaja yang anda minati, teruskan dan kembangkan potensi serta pastikan Islam menjadi saduran. Jadilah seperti logam!
Nasyid bukanlah medium dakwah yang utama, namun percikan dakwah mampu diselit dalam nasyid. Biarpun sedikit.
Senyum Seindah Suria 27 Januari
halawatuliman said,
January 27, 2009 @ 11:02 am
salam.
alhamdulilah..berjaya juga event sulung next eire ni. syukur sangat. mabruk juga kepada antum..tempat ketiga pun hebat apa..masyaalah..so, lepas ni harapnya berusaha pula ke next sheffield. praktis cukup2.
*praktis dalam kereta ok lagi..kalau praktis dalam train, nanti pakcik jual tiket suruh keluar train pula.
bitaufiq wannajah.
wasalam
-orang sheffield-
Bicara Jari said,
January 28, 2009 @ 8:27 pm
Salam bro,
Congratz. Akan daku bertandang ke Sheffield menyaksikan Munawwar mekar bak sang mawar.
as said,
February 1, 2009 @ 11:22 pm
Allah had given the best, as what He always give to us.
First time buat lirik even satu para je, dan sahabat dendangkan
really glad for that.
All the best, keep on moving.
p/s: dah tgk performance korang, nak tgk performance muaz and team atap hijau plak, kat mana ye?
syafeeqridzam said,
February 2, 2009 @ 6:48 pm
jazakallah semua.
rafie ko kena main percussion aku tak kira
thanks for the lyrics as.
rAFIE said,
February 7, 2009 @ 10:30 pm
Percussion? Alamak. Bile nak start practise bro? Kompang free ka?