Archive for May, 2009

Selamat musim panas!

Summer menjelang lagi. Bukan masalah kepanasan. Orang Asia yang memang telah merasai panas sejak lahir memang tak janggal dengan kepanasan. Namun mata ini yang panas, sangat mencabar untuk dipelihara. Keluar saja rumah, aduh.

Panas sangat gamaknya sampai yang lelaki tak berbaju, yang perempuan sejarang, senipis dan sekurang mungkin. Bukan salah mereka. Agama mereka tidak mencegah itu. Tapi cabarannya balik pada kita.

Suka cuplik kata seorang sahabat dari Manchester, lebih kurang; “Kalau perempuan diberi sehari untuk menjadi lelaki, pasti perempuan akan tutup aurat mereka sebaik mungkin”. Haha.

Di bawah ada doa yang diajar seorang ustaz di Cardiff tatkala melihat mihnah di depan mata, moga kita boleh amal dan diberi kekuatan untuk menjaga seluruh pancaindera kita. Ameen.

اللهم اني أعو ذبك من فتنة النساء و عذب النار

(Allahumma inni a’uzubika min fitnatin nisaa’ wa ‘azabinnaar)

Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dari fitnah perempuan dan azab api neraka

kredit

Selamat pulang bagi mereka yang pulang, selamat pulang jua kepada yang pulang terus ke tanah air. Selamat berjuang bagi yang tidak pulang. Yang tak pulang-pulang, tanah air telah memanggil. :P

Leave a comment »

Hinggap #4

Selesai urusan di bandar. Cuaca sangat panas. Tak kurang bahangnya dengan terik di tanah air.

Elok sahaja melintas jalan, ada seorang pakcik rebah, tanganya menggapai lampu isyarat di sebelahnya. Di tangannya dijinjing beg kertas macam baru selesai membeli pakaian. Tanpa fikir panjang, aku segera ke arah pak cik itu sambil bertanya, “Are you alright sir?” Tiada balasan.

Tangannya cuba mengenakan cermin mata yang tersasar dari rangka hidung. Aku cuba menolong. Aku tanya lagi soalan yang sama. Kali ini tambah beberapa soalan. “Are you in any pain sir? Headache?” Macam history taking pula jadinya. Haha. Apa-apalah. Apa yang terlintas di benakku mungkin pakcik ini angina (walaupun tangannya tak mengusap-usap dadanya) atau sakit kepala nak pitam. Kalau ya, mungkin aku boleh cari ubat dalam poketnya atau tindakan lain yang sesuai. Itu sebab soalan itu ditanya.

Tapi kaget mendengar jawapannya:

“Haha. I’m alright. Too much of drinking. haha”, sambil raut muka (baru) menampakkan kemabukan.

Baru ingat nak jadi first aider.

******

Pesanan untuk Muslim:

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: Setiap minuman yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram. Barang siapa minum khamar di dunia lalu ia mati dalam keadaan masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka ia tidak akan dapat meminumnya di akhirat (di syurga). (Sahih Muslim)

Leave a comment »

Behind the scene

This is a recording behind the scene, during our practice in Cardiff. (It was a practice, ignore all the inadvertent voices and sounds)

In the name of Allah. A short song sang by us, Munawwar. A simple piece of song, about the meaning of Al-Fatihah. Can’t remember the original singer. This was recorded two weeks prior to NEXT 09 in Sheffield. Put your headphone on !

Allah 3x…

In the name of Allah we begin,

From Him we came and shall return,

Most compassionate beneficent

And worthy of praise

He is the Lord of the world

All Creator and Sustainer

King of judgement day

We need His guidance for the straight way

Allah 3x…

In the name of Allah…

Song: In the name of Allah

By: Munawwar

Nabil (lead singer), Syafeeq (tenor/ 2nd voice), Azri (baritone/ 3rd voice)

****

Last but not least, an outro which we planned to present during NEXT 09, from Raihan, Dikir Zikir. But then, we changed our mind, singing Terima Kasih as our outro.

Song: Dikir Zikir

By: Munawwar

Vocal range: Syafeeq (lead), Azri (tenor), Nabil (baritone)

Comments (2) »

Beralihlah!

Beralihlah pada perbankan Islam! Anda punya pilihan.

Akaun Islamik di UK yang mustahil dan praktikal untuk pelajar Malaysia ialah Lloyds TSB.

Singgah di mana-mana Lloyds TSB (anda mungkin terpaksa membuat temujanji sekiranya bank penuh) bawa bersama:

1) Passport

2) Penyata Bank sekarang (contoh Natwest, HSBC) sekurang-kurangnya bertarikh 3 minggu yang lalu

Katakan anda mahu memindahkan akaun bank anda yang kini kepada  Akaun Lloyds Islamic Banking (bukan akaun pelajar). Jangan risau dengan direct debit anda. Pihak bank akan uruskan pemindahan direct debit ke akaun baru anda. Insya-Allah.

Selesai.

Anda telah menyelamatkan diri anda dari riba.

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ


‘Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.’ (Al-Baqarah:276)

*Alhamdulillah. Lulus peperiksaan akhir tahun dua! Semuanya dari Allah.

Comments (7) »

Hinggap #3

Kejutan kedua dibuat oleh sahabat baikku ketika di sekolah menengah dahulu. Akhir tahun lalu, terkejut menerima berita bahawa beliau akan berkahwin.

Syukur. Kawanku seorang ini sudah mengambil langkah maju ke hadapan. Masih teringat gelak tawa dan perangai hingusan masa di sekolah dahulu. Sekarang sudah jadi suami orang.

Baru-baru ini, dapat berita lagi. Isterinya mengandung lima bulan! Wah. Wah. Sudah mahu jadi bapa orang. Sukar mahu percaya. Rasa diri ini yang masih ‘muda’, terus terasa tua. Haha. Agar beliau dipermudah untuk terus menghabiskan kursus perubatan di UIA bersama isterinya. Tahniah dan selamat berjuang bersama keluarga terchenta!

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ

عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim:6)


Comments (6) »

Kelakar

Haha. Kelakar juga tatkala menonton video ini. Ish…ish.. Makin memalukan. Kalau anak-anak berkelahi kerana rebutkan aiskrim tak perlu dihairankan, tapi bapa-bapa yang berkelahi ini perlu dihairankan rasanya.

Terlongo barangkali anak-anak mereka andai melihat fiil bapa-bapa mereka.

Antara amanah dan dunia..

Apabila undang-undang dipijak sesuka hati…

Comments (4) »

Hinggap #2

Jumaat. Ingatkan masih awal . Rupanya orang sudah sesak. Sudah.

Masjid Darul Isra’ dalam renovasi, tak dapat digunakan buat sementara waktu. Jawabnya hampir separuh daripada jemaah Darul Isra’ berpindah ke Al-Manar. Mengalahkan Masjidil Haram lagi dibuatnya. Minggu lepas ada jemaah yang sampai bertekak sebab tak dapat tempat solat. Macam-macam.

Hairannya, Al-Manar masih lagi membuka ruang untuk muslimat solat jumaat sedangkan muslimin tak bertempat. Alhamdulillah berkat baca doa Rabbi Yassir wa la tu’assir dapat juga tempat untuk solat akhirnya biarpun ada yang hanya dapat ruang dua jengkal untuk sujud. Tengah solat, beg-beg yang disusun di sebelah jatuh bertimpa pula. Banyak betul dugaan solat tadi.

Meskipun begitu, syukur kerana dapat menunaikan kewajipan seminggu sekali itu.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ

ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Leave a comment »

Hinggap

Segala puji bagi Tuhan yang tak henti-henti pemberian-Nya.

Usai peperiksaan akhir, habis nursing attachment di Swansea. Tinggal lagi dua minggu foundation clinical skills dan kuliah cardiovascularrespiratory seminggu.

Selamat berusaha kepada rakan-rakan lain yang bakal menghadapi peperiksaan. Hadapinya dengan senyuman!

Peperiksaan kali ini dirasakan paling mencabar dalam sejarah. Sembilan subjek disumbat dalam dua kertas! Maknanya satu kertas empat hingga lima subjek sekaligus. Material telaah sangat banyak, masa sedikit. Sangat mencabar. Meskipun keluar dari dewan peperiksaan tidak bersama hati yang puas, biarlah segalanya ditentukan Tuhan. Tawakal sudah.

Berkampung selama seminggu di Swansea sangat mengujakan. Membuat kerja-kerja nurse sangat menginsafkan. Lebih-lebih lagi melayan pesakit-pesakit yang terlantar dek penyakit yang membataskan gerakan dan kerja harian. Sangat benar. Rebut masa sihat sebelum sakit. Kita asyik berlengah dengan nikmat sihat yang ada. Asyik dengan lapang sebelum tibanya sibuk.

Tugas seorang nurse sangat mulia. Silap-silap melebihi seorang doktor. Memandikan pesakit, membersihkan najis kencing, nanah, menyuap makanan dan sebagainya merupakan tugas harian. Bau, geli sudah tidak diendahkan lagi. Sangat menginsafkan. Andai semua nurse di Singleton Hospital itu muslim, dan ikhlas dalam tugasan mereka, alangkah besarnya ganjaran yang mereka peroleh. Sangat berterima kasih kepada mereka atas tunjuk ajar dan peluang beramal.

img_0350

********

وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَـٰهِدِينَ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَنَبۡلُوَاْ أَخۡبَارَكُمۡ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad:31)

Comments (6) »