Hinggap

Segala puji bagi Tuhan yang tak henti-henti pemberian-Nya.

Usai peperiksaan akhir, habis nursing attachment di Swansea. Tinggal lagi dua minggu foundation clinical skills dan kuliah cardiovascularrespiratory seminggu.

Selamat berusaha kepada rakan-rakan lain yang bakal menghadapi peperiksaan. Hadapinya dengan senyuman!

Peperiksaan kali ini dirasakan paling mencabar dalam sejarah. Sembilan subjek disumbat dalam dua kertas! Maknanya satu kertas empat hingga lima subjek sekaligus. Material telaah sangat banyak, masa sedikit. Sangat mencabar. Meskipun keluar dari dewan peperiksaan tidak bersama hati yang puas, biarlah segalanya ditentukan Tuhan. Tawakal sudah.

Berkampung selama seminggu di Swansea sangat mengujakan. Membuat kerja-kerja nurse sangat menginsafkan. Lebih-lebih lagi melayan pesakit-pesakit yang terlantar dek penyakit yang membataskan gerakan dan kerja harian. Sangat benar. Rebut masa sihat sebelum sakit. Kita asyik berlengah dengan nikmat sihat yang ada. Asyik dengan lapang sebelum tibanya sibuk.

Tugas seorang nurse sangat mulia. Silap-silap melebihi seorang doktor. Memandikan pesakit, membersihkan najis kencing, nanah, menyuap makanan dan sebagainya merupakan tugas harian. Bau, geli sudah tidak diendahkan lagi. Sangat menginsafkan. Andai semua nurse di Singleton Hospital itu muslim, dan ikhlas dalam tugasan mereka, alangkah besarnya ganjaran yang mereka peroleh. Sangat berterima kasih kepada mereka atas tunjuk ajar dan peluang beramal.

img_0350

********

وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَـٰهِدِينَ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَنَبۡلُوَاْ أَخۡبَارَكُمۡ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad:31)

6 Responses so far »

  1. 1

    ensyuhadah said,

    SubhanAllah, sempat enta mengupdate blog yg bersawang. Memahami ‘tugas melebihi masa yang ada’. Ana yang masih terkejar-kejar. Semoga Allah beri yang terbaik.

    True, nursing attachment yg terbaik, sangat menginsafkan. Kadang-kadang terfikir, benarkah ingin jadi seorang doktor, kalau dibandingkan dengan seorang nurse, yang tampaknye lebih banyak membantu pesakit-pesakit. Tapi, sungguh, Allah tahu ape yg terbaik. InsyaAllah, in years to come, bile berjaya digelar doktor, memori nursing ini akan hinggap balik, supaye berkepakaran doktor, tapi dengan layanan seorang nurse, ya ‘ward brother’.

    Fastabiqul khairat…. walau dengan berakhirnya final exam second year, kite masih istiqamah dalam study, kerana aim kite, bukan untuk lulus dalam ‘periksa dunia’, tp utk serve the ummah, dengan menjadi doktor muslim terbaik.

  2. 3

    barber notty said,

    chewah abang..nak berkenalan boleh?

  3. 5

    Cabang kebaikan itu terlalu banyak. Manusia diakhirat tidak boleh menafikan kejahatannya lantaran Rahmat Allah begitu besar di dunia. Mengalihkan sesuatu yang boleh menyakiti orang ramai di jalanan juga sudah berpahala. Semoga akhi sentiasa tergolong dalam Ahli Kebajikan yang ikhlas. Ganjaran termahal diakhirat menantimu!


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words