Hinggap #2

Jumaat. Ingatkan masih awal . Rupanya orang sudah sesak. Sudah.

Masjid Darul Isra’ dalam renovasi, tak dapat digunakan buat sementara waktu. Jawabnya hampir separuh daripada jemaah Darul Isra’ berpindah ke Al-Manar. Mengalahkan Masjidil Haram lagi dibuatnya. Minggu lepas ada jemaah yang sampai bertekak sebab tak dapat tempat solat. Macam-macam.

Hairannya, Al-Manar masih lagi membuka ruang untuk muslimat solat jumaat sedangkan muslimin tak bertempat. Alhamdulillah berkat baca doa Rabbi Yassir wa la tu’assir dapat juga tempat untuk solat akhirnya biarpun ada yang hanya dapat ruang dua jengkal untuk sujud. Tengah solat, beg-beg yang disusun di sebelah jatuh bertimpa pula. Banyak betul dugaan solat tadi.

Meskipun begitu, syukur kerana dapat menunaikan kewajipan seminggu sekali itu.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ

ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Say your words