Hinggap #3

Kejutan kedua dibuat oleh sahabat baikku ketika di sekolah menengah dahulu. Akhir tahun lalu, terkejut menerima berita bahawa beliau akan berkahwin.

Syukur. Kawanku seorang ini sudah mengambil langkah maju ke hadapan. Masih teringat gelak tawa dan perangai hingusan masa di sekolah dahulu. Sekarang sudah jadi suami orang.

Baru-baru ini, dapat berita lagi. Isterinya mengandung lima bulan! Wah. Wah. Sudah mahu jadi bapa orang. Sukar mahu percaya. Rasa diri ini yang masih ‘muda’, terus terasa tua. Haha. Agar beliau dipermudah untuk terus menghabiskan kursus perubatan di UIA bersama isterinya. Tahniah dan selamat berjuang bersama keluarga terchenta!

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ

عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim:6)


6 Responses so far »

  1. 1

    as said,

    even kami yang sgat close pun sgat terkejut last october bila diorang inform nak ‘akad on dec. Dan kata mereka memang diorang pun buat quick decision.
    Alhamdulillah sampai serunya =)
    dan rezeki bakal terima permata sept ini :D

    walimah on may/june, hadirkah..?

    • 2

      syafeeqridzam said,

      oh as kenal diorang eh. oh ye la sama uni kan. silap2 sama kelas. walimah diorang ke walimah sapa nih? tak tau pun. kalau mei memang tak dapek la.

  2. 3

    as said,

    oh tak sama kelas, course laen2 :D
    tapi kebetulan close

    diorang wat majlis may dan june ni..heh..untuk yang dec lepas ;)

  3. 4

    cosas said,

    err..ok…aku rase entry ni ditujukan buat aku.. syafeeq..percayalah…sesungguhnya aku bkn lah aku yg dulu…=p pape pun, waiting for your wedding dude..jgn lupa jmput.. dan lg satu… as??? as kenal syafeeq?? camne blh kenal?? musykil ni… sila jawab..

    • 5

      syafeeqridzam said,

      ahah. aku percaya 3x.kenduri insyaAllah 3 taun lagi. :P . kenal melalui isacstudio. krew Kem eksplorasi borneo 09. jgn buat prasangka bukan2. husnuzzon. :P

  4. 6

    amarghassani said,

    salam…. aku lama dah tak dengaq cita.. tiba2 ja aku dapat tau kat blog nie kata dah nak jadi bapak… wauuuu bestnya…. tahniah2.. semoga murah rezki……..


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words