Beralihlah pada perbankan Islam! Anda punya pilihan.
Akaun Islamik di UK yang mustahil dan praktikal untuk pelajar Malaysia ialah Lloyds TSB.
Singgah di mana-mana Lloyds TSB (anda mungkin terpaksa membuat temujanji sekiranya bank penuh) bawa bersama:
1) Passport
2) Penyata Bank sekarang (contoh Natwest, HSBC) sekurang-kurangnya bertarikh 3 minggu yang lalu
Katakan anda mahu memindahkan akaun bank anda yang kini kepada Akaun Lloyds Islamic Banking (bukan akaun pelajar). Jangan risau dengan direct debit anda. Pihak bank akan uruskan pemindahan direct debit ke akaun baru anda. Insya-Allah.
Selesai.
Anda telah menyelamatkan diri anda dari riba.
يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
‘Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.’ (Al-Baqarah:276)
*Alhamdulillah. Lulus peperiksaan akhir tahun dua! Semuanya dari Allah.
AnisLiyana said,
May 23, 2009 @ 7:29 am
Salam’alaik.
Bawak penyata bank mana? kalau kita natwest sekarang, penyata bank natwest ke? ke org yang dah ade lloyds je. Tak paham sangat.
Thank U…!
AnisLiyana said,
May 23, 2009 @ 7:31 am
Oh..satu lagi, duit dari sponsor cane? kita still guna natwest sebagai bank untuk sponsor transfer eleun and sebaik sahaja dapat elaun terus transfer ke lloyds ke memang kene cakap dekat sponsor kita dah tukar bank(sulit sikit ah…sikit je tapi.. tapi sulit lah.)
syafeeqridzam said,
May 23, 2009 @ 7:47 am
salam. maaf kurang jelas dalam entry. ckp kat bank officer tu kita nak tuka account bank dari let say natwest, ke islamic lloyds bank. so dia akan sort out kita punya direct debit sekali. diorang akan buat. so insyaAllah no problem.
penyata akaun, bank statement current bank la. kalau sekarang natwest, bank statement natwest. kalau ada dua akaun dalam natwest bawak dua2 sekali
wallahualam
MahfuzahZainol said,
May 23, 2009 @ 10:29 pm
congratulationss PASS exam 2nd year.. Doakan saya juga..saya belum PASS semuanya lagi…. huhu..risau-risau…
Takotttnya VIVA…
syafeeqridzam said,
May 24, 2009 @ 6:53 am
terima kaseh 3x. rezeki dari Tuhan saja. insyaAllah semua akan PASS dengan gemilang! ameen. go4x VIVA!
ensyuhadah said,
May 23, 2009 @ 10:40 pm
Oh, kalau kite dah bertukar, tp still pegang Natwest, ade probability Lloyds still can help with the direct debit ke? (Akan bergegas ke bank minggu depan). Jazakallah for the entry. Dulu x terfikir ana nak mengajak yang lain.
Tahniah. Selamat datang ke 3rd year Medicine.
syafeeqridzam said,
May 24, 2009 @ 6:54 am
hmm, lagi tinggi rasanya probability. sebab dah ada akaun pun. pegi bank mintak je dia pindahkan. shouldn be a prob i reckon.
tahniah juga kepada anda