Kembara Cardiff-Turki 2: Istanbul bandar jutaan kubah

Kota Istanbul penuh sejarah ini terletak antara dua benua; Asia dan Eropah. Istanbul sangat kaya dengan ribuan masjidnya. Diceritakan Istanbul sahaja terdapat kira-kira dua ribu masjid. Tidak pasti benar atau tidak akan angka itu. Pokoknya memang banyak. Apabila anda berdiri di suatu sudut Istanbul, Eminönü  yang berada di pinggiran Goldern Horn contohnya anda akan dapat melihat lima buah masjid sekaligus dan setiap satunya bersaiz kira-kira sebesar Masjid Putrajaya! Rasa rindu mendengar suara azan di angkasa terubat sungguh di Istanbul. Tatkala masuk waktu solat, pelbagai stail azan akan kedengaran bersahut-sahutan. Biarpun banyak masjid, bilangan jemaah pada setiap kali solat boleh tahan bilangannya. Siapa kata orang Turki sekular?

Setiap masjid yang kami lawati, punya satu kesamaan. Tempat wudhuk pasti akan berada di luar dan tanpa sistem pemanas air. ‘Menangis’ juga mahu berwudhuk memandangkan ketika itu adalah musim sejuk. Semua masjid begitu. Budaya selepas solat mereka juga agak menarik dengan wiridnya yang sememangnya janggal bagi orang Malaysia.

Jangan harap akan jumpa tempat wudhuk di dalam masjid
Jangan harap akan jumpa tempat wudhuk di dalam masjid

Kami berkampung di hostel murahan; The Southern Cross Hostel. Terima kasih kepada Hostelworld.com. Dengan bilik sederhana besar dan Dagistan si pengurus hostel yang sangat baik hati, penginapan terasa seperti di rumah sendiri. Hostel terletak kira-kira lima minit dari Blue Mosque dan Aya Sofia, memungkinkan kami untuk ke masjid pada waktu subuh di masjid penuh lagenda itu. Setiap kali kami ke masjid, jejak kami pasti diiring oleh anjing-anjing Turki yang boleh tahan saiznya. Mujur saja beramai-ramai. Sampai satu pagi, anjing yang mengekori kami dari hostel masuk ke ruang solat masjid menjejaki langkah kami. Usai solat subuh terserempak saudara Izzat Che baharom dari Dublin dan Faimee dari Cork. Kecil sungguh dunia.

Mathurat dan motivasi subuh selepas Subuh di Masjid Biru
Mathurat dan motivasi subuh selepas Subuh di Masjid Biru
Southern Cross Hostel dan Dagistan yang budiman
Southern Cross Hostel dan Dagistan yang budiman

Hari pertama, kami menziarahi Basilica Cistern dan sesi ala-ala ‘pergambaran kulit album’ di Masjid Biru selepas solat jumaat di masjid tersebut. Agak membuang masa kerana sesi pergambaran sahaja memakan masa hampir-hampir 2 jam! (geleng kepala). Masjid Biru ini telah dibina oleh Sultan Ahmad I yang kononnya tujuan pembinaan adalah untuk menyaingi Aya Sophia yang hanya terletak di sebelah masjid ini. Para buruh dan arkitek telah diberi upah lebih untuk menghasilkan kerja binaan yang mampu menyaingi kehebatan Aya Sofia. Jubin lantai masjid yang dikatakan berwarna biru itu dikatakan punca namanya diberikan sebegitu. Ruang legar Masjid Biru merupakan yang terbesar semasa era pemerintahan kerajaan Othmaniyyah.

Pemandangan dalam Masjid Biru.
Pemandangan dalam Masjid Biru.
Pemandangan luar Masjid Biru Pemandangan dari luar
Masjid Biru disimbah cahaya suria Masjid Biru disimbah cahaya mentari
Antara kulit album terbaik
Antara kulit album terbaik
Pakcik penjual roti di luar Masjid Biru

Pakcik penjual roti di luar Masjid Biru

Aya Sofia (Haghia Sophia dalam Greek dan Church of the Divine Wisdom dalam bahasa inggeris) hanya terletak di sebelah Masjid Biru. Pembinaannya telah disempurnakan pada zaman pemerintahan Raja Justinian (Rom), setelah beberapa kali runtuh akibat rusuhan. Sampailah apabila Sultan Muhammad  II membuka Constantinople, Aya Sofia segera ditukar kepada masjid.  Sebab itu terdapat ciri-ciri gereja dan masjid apabila anda memasuki bangunan penuh sejarah ini. Bermula dari zaman pemerintahan Al-Fateh, menara telah dibina mengelilingi Aya Sofia. Pada tahun 1935, Mustafa Kamal telah menukarkan Aya Sofia kepada muzium.

Pemandangan Aya Sofia yang pernah menjadi masjid dan gereja ini
Pemandangan Aya Sofia yang pernah menjadi masjid dan gereja ini

Aya Sofia dari kejauhan

Aya Sofia dari kejauhan. Binaan ini merupakan yang tertua dan termahsyur di Turki.

Suasana dalam yang suram
Suasana dalam yang suram

Basilica Cistern juga terletak sekangkang kera dengan Aya Sofia. Binaan ini juga telah dibina pada zaman pemerintahan Raja Justinian atas tujuan pengairan. Pada zaman pemerintahan Othmaniyah, Basilica Cistern telah digunakan semula dua kali namun diceritakan pemerintahan ketika zaman itu lebih gemar menggunakan air paip daripada air yang ditakung lantas penggunaan Basilica Cistern dihentikan. Terdapat dua ukiran Medusa di dasar tiang binaan ini. Asal usul sebenar ukiran ini tidak diketahui, maka terdapat banyak teori yang pada kesemuanya berkait dengan ketuhanan Zeus semasa pemerintahan Rom.

Basillica Cistern yang dipenuhi tiang-tiang dan air dibawahnya
Basillica Cistern yang dipenuhi tiang-tiang dan air dibawahnya
Kepala Medusa terbalik di dalam Basilica Cistern. Dikatakan sengaja diterbalikkan kerana mitos mengatakan orang yang memandangnya akan bertukar menjadi batu. Diterbalikkan untuk mengelakkan itu berlaku
Kepala Medusa terbalik di dalam Basilica Cistern. Dikatakan sengaja diterbalikkan kerana mitos mengatakan orang yang memandangnya akan bertukar menjadi batu. Diterbalikkan untuk mengelakkan itu berlaku

Akan bersambung…

Entri dahulu yang berkait:

  1. Kembara Cardiff-Turki 1: Cinta pertama di Turki
  2. Turkiye!
  3. Kembara Cardiff-Turki: Prolog

2 Responses so far »

  1. 1

    Ibn MuSa said,

    mantop! rindu same turki…

  2. 2

    JHaZKiTaRo said,

    salam ziarah.. nicely written.. :)


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words